SERIAN, 9 Ogos: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam tandas awam di sebuah taman rekreasi di Serian hari ini.
Difahamkan mangsa yang belum diketahui identitinya ditemui orang awam yang kemudian segera menghubungi pihak polis.
Mangsa telah disahkan meninggal selepas diperiksa anggota paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan. — DayakDaily
Advertisement