Lelaki ditemui mati dalam kereta di Marina, Miri

Mayat mangsa dikeluarkan oleh pihak Bomba.

MIRI, 3 Feb: Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta di Marina 1, Fasa 1 di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan bantuan untuk membuka pintu kereta mangsa pada jam 3.05 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral terus ke lokasi kejadian.


“Tiba di lokasi didapati sebuah kereta terkunci dan didapati terdapat seorang lelaki dewasa tidak sedarkan diri berada di dalam kereta tersebut.

“Pihak bomba membuka pintu kereta tersebut dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Sii How Leong berusia 47 tahun.

Pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas operasi selesai. — DayakDaily