Lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung

Royal Malaysia Police logo

Oleh Dean Adam

SARIKEI, Okt 22: Malang menimpa seorang lelaki apabila dia ditemui mati di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui kira-kira pukul 3 petang.

Jelasnya, lebih menyayatkan hati, lelaki berkenaan dijumpai dalam keadaan tergantung.

“Terkejut melihat keadaan suaminya dalam keadaan sudah tidak bernyawa, isterinya kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki berkenaan masih dalam keadaan tergantung sebelum mangsa diturunkan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama memberitahu, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada kesan jenayah ditemui di rumah mangsa.

“Buat masa ini kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. — DayakDaily