Lelaki ditahan selepas disyaki pukul orang guna topi keledar

Suspek (tengah) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Mei: Polis menahan suspek berusia 34 tahun untuk siasatan lanjut selepas kejadian seorang lelaki dipukul menggunakan topi keledar pada Jumaat (30 April) lepas.

Difahamkam, kejadian berlaku gara-gara wang bernilai RM100 yang dikatakan telah diambil oleh mangsa daripada suspek.


Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada Sabtu (1 Mei) sekitar jam 8.30 malam di sebuah rumah di Taman Dashing si sini.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 20 tahun sedang makan di bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Morsjaya sekitar jam 8 malam.

Suspek dikatakan telah datang ke bilik sewa mangsa lalu memukulnya dengan menggunakan sebuah topi keledar pada bahagian kepala.

Dalam kejadian itu, suspek telah mendesak suspek untuk membayar RM100 dengan kadar segera atau dia akan menerima padah jika gagal membayar jumlah tersebut dan baki sebanyak RM50.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. — DayakDaily