Lelaki ditahan kerana memukul isteri di Permyjaya

Suspek (tiga dari kiri) ditahan polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 31 Mei: Tindakan seorang lelaki memukul isterinya pada malam Ahad (30 Mei) membawa padah, apabila dia ditahan polia untuk tindakan lanjut.

Suspek turut bertindak mengancam anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan sebilah parang kerana cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku antara isteri suspek dan dirinya.


Difahamkan, kejadian berlaku di dalam sebuah rumah pekerja ladang sawit di Permyjaya sekitar jam 8 malam.

Susulan kejadian, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menangkap suspek yang beruaia 41 tahun itu awal pagi ini sekitar jam 1 pagi.

Dalam kejadian tersebut, isteri suspek dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat dipukul semasa kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol ketika dihubungi mengesahkan tangkapan. — DayakDaily