Lelaki disyaki kurang siuman merempuh palang Imegresen dengan kereta

Bahagian hadapan kereta rosak selepas merempuh palang pos kawalan Imigresen Malaysia dan Brunei.

By Brad Rantayy

MIRI, 22 Sept: Seorang lelaki tempatan dari Tudan ditahan pihak Imigresen Brunei petang Isnin (21 September) selepas merempuh dua palang kawalan pos pemeriksaan Imigresen di sempadan Malaysia-Brunei di ICQS Sungai Tujoh.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol ketika dihubungi pada Selasa, suspek disyaki kurang siuman itu telah ditahan sebaik merempuh palang pos kawalan Imigresen dua buah negara itu sekitar jam 6.30 petang.


Sebelum kejadian, kereta yang dipandu suspek berusia 33 tahun itu dikatakan telah datang dari arah Miri kelihatan menghampiri salah satu kaunter pos kawalan Imigresen Malaysia di Sungai Tujoh dalam keadaan mencurigakan dengan tidak memakai baju sebelum bertindak merempuh palang post kawalan tersebut.

“Secara tiba-tiba suspek melanggar pos kawalan itu dan memecut ke arah pos kawalan Brunei sebelum merempuh pula palang pos kawalan pihak di sana,” jelas Sabri.

Namun, suspek berjaya ditahan pihak berkuasa Brunei untuk tindakan lanjut. — DayakDaily