Lelaki disyaki ejen tambah nilai judi atas talian diberkas

Suspek (kanan) telah ditahan untuk siasatan lanjut.

KUCHING, 17 Nov: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki penjual tambah nilai judi atas talian dalam satu operasi di Taman Duranda Mas, Jalan Kuching-Serian hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan, suspek, 19, ditangkap semasa pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kedai runcit iaitu iaitu sekitar jam 1 petang.

“Semasa serbuan dilakukan, pasukan serbuan menemui satu telefon bimbit dan hasil pemeriksaan mengsyaki ia digunakan untuk aktiviti penjualan tambah nilai judi dalam talian.


“Suspek yang berada di lokasi kejadian kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya juga, suspek yang berasal dari Jalan Stakan di sini, disoal siasat dan mengaku bekerja di premis tersebut sebagai penjual judi dalam talian.

“Turut dirampas ialah telefon bimbit dan wang tunai serta kertas bertulis angka disyaki ID dan kata laluan,” dedah Aidil.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily