Lelaki disyaki ejen loteri haram ditangkap di pondok pengawal sekolah rendah di Bau

Pemeriksaan dilakukan anggota operasi di lokasi serbuan.

BAU, 13 Jun: Seorang lelaki disyaki jadikan perkarangan pondok pengawal sebuah sekolah di Kampung Kandis Lama, Siniawan sebagai pusat jualan loteri haram diberkas dalam ‘Ops Dadu’ semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek berusia 25 tahun dan berasal dari Kampung Tanjong Singai, di sini ditangkap semasa serbuan dilakukan sekitar jam 6 petang.

Jelasnya, operasi tersebut dilakukan bersama anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau.


Turut dirampas dalam operasi tersebut ialah wang tunai sekitar RM490 dan kertas tercatit angka-angka.

Suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Bau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily