Lelaki dikatakan lari dari polis, ditemui mati dipercayai lemas

Gambar yang dikongsi netizen menunjukkan mayat mangsa ditemui di sungai dekat Taman Arbi.
Advertisement

KUCHING, 15 Nov: Malang menimpa seorang lelaki kerana cubaannya melarikan diri dari polis hanya mengundang padah apabila ditemui mati disyaki lemas.

Mangsa berusia 37 tahun itu sebelum kejadian dikatakan cuba ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Tapis Dadah di Tabuan Melayu.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan bertindak terjun ke dalam sungai berhampiran Taman Arbi dan telah ditemui mati sekitar jam 10 pagi tadi.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut kes masih dijalankan.

Mayat mangsa juga telah dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya. ā€” DayakDaily

Advertisement