Lelaki cedera semasa sesi minum di Tudan Desaras

Suspek (tengah) ditahan di kediamannya awal Isnin untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Nov: Seorang pemuda dimasukan ke Hospital Miri pada malam Ahad, selepas dipercayai diserang semasa sesi minum di sebuah rumah di Tudan Desaras Fasa 6.

Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan seorang lelaki berusia 63 tahun dan merampas sebuah kerusi besi dan meja kayi dipercayai telah digunakan dalam insiden terbabit.


Tangkapan dilakukan sekitar jam 12.35 pagi Isnin (22 Nov) di Tudan Desaras fasa 6.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa sesi minum di rumah suspek sekitar jam 8.30 malam.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Ketua polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan. — DayakDaily