This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 6 Sep: Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin mahukan penerbangan terus Miri ke Manila disambung semula.
Katanya, sebelum ditamatkan, perkhidmatan tersebut telah memberi kemudahan kepada rakyat Sarawak dan Filipina.
“Kita masih ingat penerbangan terus Miri ke Manila pada masa lalu telah memberi manfaat kepada kedua-dua Wilayah.
“Kita berharap untuk menyambung semula perkhidmatan udara ini untuk meningkatkan perhubungan,” kata Lee.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023 di Kuching, hari ini.
Tambah Lee, kerajaan juga merancang untuk menyambung semula penerbangan Kuching ke Pontianak yang dijangka dapat beroperasi dalam masa terdekat.
Selain itu katanya, kerajaan juga meneroka peluang untuk mengembangkan laluan udara ke Kalimantan dan beberapa bandar lain di wilayah ini.
“Sarawak juga telah memperkenalkan laluan udara baharu dari Kuching ke Jakarta pada bulan Jun tahun ini,” kata Lee. — DayakDaily