Lebih 3,000 penduduk bakal terima manfaat dari projek Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus

Julaihi (depan, dua dari kiri) bersama rombongan melakukan tinjauan di tapak Projek Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus, Kapit.

Oleh Dean Adam

KAPIT, Ogos 27: Projek Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk dari 18 buah rumah panjang di situ.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, pembinaan jalan tersebut juga akan memberi manfaat kepada murid-murid serta warga guru di dua buah sekolah rendah di kawasan berkenaan.

Antara rumah panjang dan sekolah itu ialah Rh Dinggai, Ng Goh; Rh Jang, Sg Goh; Rh Melebar. Sg Goh; Rh Jeluing, Sg Goh; Rh Dick, Ng Lan; SK Lepong Menuan; Rh Kenyalang, Sg Menuan; Rh Liang, Sg Menuan; Rh Latit, Sg Menuan; Rh Igau, Sg Menuan; Rh Lumpoh, Sg Menuan; Rh Manggan, Sg Menuan; Rh Anjah, Sg Menuan; Rh Enchana, Sg Menuan; Rh Jengging, Sg Menuan; Rh Sli, Sg Menuan; Rh Gia, Sg Menuan; Rh Jackson, Sg Menuan; Rh Unja, Sg Menuan; dan SK Sungai Menuan, Ng Setepus, Sg Menuan.

“Pelaksanaan projek rakyat yang memakan kos sebanyak RM53 juta itu jelas menunjukkan kerajaan negeri prihatin dengan keperluan dan nasib masyarakat di kawasan luar bandar,” jelas Junaidi semasa melakukan lawatan kerja ke tapak pembinaan Jalan Nanga Menuan-Nanga Setepus.

Beliau menambah, berdasarkan rekod, projek pembangunan jalan berkenaan telah mula dijalankan pada awal tahun ini.

“Pampasan yang dibuat oleh kerajaan negeri kepada pemilik tanah terlibat juga mengikut nilai tanah semasa,” katanya. — DayakDaily