LCDA sumbang bantuan mangsa banjir di Kpg Seberang Hilir

Saiful (enam dari kiri) pada majlis penyerahan yang disaksikan Sidek (lima dari kiri) dan Lahan (lima dari kanan).

KUCHING, 17 Jan: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan projek Darul Hana baru-baru ini dengan mengagihkan bantuan kepada kampung-kampung yang terlibat.

Sejumlah 12 buah kampung telah menerima sumbangan wang tunai yang diserahkan kepada ketua kampung bagi tujuan pembelian makanan kering dan minuman untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat LCDA Saiful Bahari Amra Ramly kepada ketua-ketua kampung di kawasan Seberang Hilir.


“Sumbangan bertujuan untuk meringankan beban pihak jawatankuasa kampung dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang agak teruk pada awal tahun ini.

“Pada masa yang sama, penyampaian bantuan kali ini agak berbeza kerana perlu mematuhi SOP untuk mengelakkan risiko penularan Covid-19,” kata Saiful.

Sesi penyampaian sumbangan telah diadakan di perkarangan Masjid Darul Hana yang turut disaksikan oleh Penghulu Sidek Sitam dan Penghulu Lahan Sabu.

Sebelum ini, pihak LCDA turut mengagihkan pek bungkusan makanan kepada 36 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SK Matu Baru. — DayakDaily