This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 12 Sept: Laungan Daulat Tuanku oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian merancakkan lagi suasana sambutan Kembara Kenali Borneo, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riāayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Selangau pada Isnin.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), rata-rata masyarakat di sekitar Selangau berasa sangat teruja untuk menyambut ketibaan rombongan Al-Sultan Abdullah.
Masyarakat sudah berkumpul di sepanjang jalan kembara tersebut untuk mengambil peluang bertemu baginda sekeluarga walaupun cuaca tidak mengizinkan.
Rombongan baginda seterusnya ke Rumah Panjang Agak di Stapang yang mana rombongan tersebut disambut meriah di setiap simpang rumah panjang tersebut.
Kesemua masyarakat yang menunggu rombongan Kembara Kenali Borneo sanggup berada di sepanjang jalan sehingga jam 7 malam walaupun dalam keadaan cuaca hujan. ā DayakDaily