Larry Sng Umum Nama Pelajar Yang Disenarai Pendek Untuk Tabung Pendidikan

Larry Sng

Bekas ADUN Pelagus, Larry Sng hari ini mengumumkan senarai nama pelajar yang telah disenarai pendek untuk dipilih bagi Tabung Pendidikan beliau.

Menurut kenyataan Larry di laman Facebook beliau, penerima wang bagi tabung pendidikan beliau akan fokus kepada pelajar-pelajar yang membuat ijazah pertama dan ijazah sarjana sahaja pada tahun 2017.

Disebabkan kriteria tersebut, 19 nama pelajar berikut telah disenarai pendek bagi menerima geran pendidikan yang beliau wujudkan, dengan tiga lagi perlu melalui tapisan lebih mendalam.


1) Christina Binti Jemat
2) Jeffery Anak Petrik
3) Martina Anak Vincent
4) Mairen Anak Assang
5) Kong Chen Chin
6) Mimie Anak Ganjoh
7) Caroline Anak Francis
8) Christina Ak Caspar Sambang
9) Emmyleya Anak Kayan
10) Karen Tayang Ak Adop
11) Susantie Ak Tawai
12) Prisilla Anak Buiee
13) Patricia Munjan Anak Jempau
14) Kiu Hieng Sing
15) Wong Lim Ming
16) Asmazoel Aizizie Bin Afriezul
17) Jonathan Antau Ak Ben (kelulusan bersyarat)
18) Aleasandra Anak Limbi (kelulusan bersyarat)
19) Nicholas Shandy Ak Banta (kelulusan bersyarat)

Larry dalam pada itu menyatakan bahawa geran yang beliau berikan dibawah tabung pendidikan beliau adalah untuk sekali sahaja, dan hanya untuk pelajar dari Bukit Goram, dan kawasan ADUN Pelagus yang lama.

Beliau turut mendedahkan bahawa nama 19 pelajar diatas belum dimuktamadkan lagi oleh pihaknya buat masa ini. – dayakdaily.com