Bau Bakal Mempunyai Pejabat Daerah Baharu


KUCHING: Bau bakal mempunyai Pejabat Daerah yang baharu bagi menggantikan bangunan lama yang berumur 86 tahun, menurut Ahli Undangan Negeri Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep hari ini.

Menurut Henry, majlis pecah tanah akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg pada 15 Julai.

Pembinaan bangunan bakal dilengkapi oleh sistem perkomputeran terkini ini amat diperlukan memandangkan bangunan yang sediakala tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada 60,000 ahli masyarakat di kawasan Tasik Biru, Serembu, sebahagian dari kawasan Batu Kitang.


Pejabat Daerah yang sediakala tidak akan diroboh sebaliknya dijadikan sebagai Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, yang merupakan sebahagian daripada Hospital Daerah Bau.

Keputusan ini dibuat memandangkan klinik yang ada sekarang tidak dapat menampung bilangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya lagi, jarak antara Pejabat Daerah dan stesen bas agak dekat bagi memudahkan mereka yang menggunakan perkhidmatan bas untuk datang ke klinik tersebut.

Henry said Pesta Tasik Biru will also be launched as well as to celebrate the 60th anniversary of the Bau district council on July 15, where Jong Regatta will be the highlight of the event.

Selain daripada itu, Henry juga mengumumkan tarikh Pesta Tasik Biru pada 15 Julai sempena menyambut ulangtahun Majlis Daerah Bau yang ke-60 yang akan menyaksikan Regatta Jong sebagai acara kemuncak ulangtahun tersebut.

“Kedua – dua acara ini merupakan produk pelancongan yang dapat menarik masyarakat tempatan serta pelancong asing ke Bau,” kata beliau. – dayakdaily.com