This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 6 Sept: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang permit pembakaran terbuka.
Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, NREB juga menguatkuasakan notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek.
“Sejak 1 Sept, 2023, bacaan IPU di Sri Aman, Kuching dan Serian adalah pada tahap tidak sihat disebabkan oleh pembakaran terbuka yang berlaku di negara jiran.
Berdasarkan kepada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura, sejumlah 1059 titik panas telah dikesan di wilayah berdekatan pada empat hari berkenaan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada tempoh berkenaan tambah Dr Hazland, bacaan IPU direkodkan di Sri Aman adalah pada tahap tidak sihat, iaitu di dalam lingkungan 100-155.
Manakala, bacaan IPU di Kuching dan Serian mula mencatatkan bacaan tidak sihat mulai 4 Sept 2023.
“Bagi tujuan kawalan dalaman untuk memastikan tiada pembakaran terbuka NREB akan mengadakan rondaan lapangan secara aktif dan pemeriksaan titik panas bersama-sama agensi lain seperti Jabatan Alam Sekitar Sarawak,” ujar Dr Hazland. — DayakDaily