Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan di perairan Malaysia

Nelayan asing ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara. Foto: TVS
Advertisement

KUCHING, 20 April: Lapan nelayan asing ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara.

Menurut laporan TVS, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, tiga bot dari Indonesia itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak pada 5.20 pagi semalam.

ā€œKesemua bot itu dikesan Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah ketika rondaan operasi di kedudukan lebih kurang 156 batu nautika Utara Tanjung Po.

Advertisement

ā€œKetiga-tiga bot berkenaan tiada nombor pendaftaran dan lapan kru bot termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesemua yang ditahan berasal dari Indonesia dan berusia dalam lingkungan di antara 22 hingga 62 tahun.

Kru, bot dan hasil tangkapan ditahan dan diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM1 juta. ā€” DayakDaily

Advertisement