Lapan hilang rumah dalam kebakaran di Kampung Semarang

Api marak memusnahkan rumah tersebut.
Advertisement

KUCHING, 5 Ogos: Dua rumah musnah dan satu lagi turut mengalami kerosakkan dalam insiden kebakaran di Kampung Semarang, Petra Jaya awal pagi tadi.

Kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada jam 2.01 pagi dan beberapa anggota dari Balai Bomba Petra Jaya dengan turut dibantu anggota dari Balai Bomba Padungan dan Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.35 pagi.

Advertisement

“Bagaimanapun ketika itu, sebuah rumah jenis rumah papan telah musnah sepenuhnya dan sebuah lagi telah terbakar 70 peratus.

“Sebuah lagi rumah berjaya diselamatkan dan hanya terbakar sedikit di bahagian dinding,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mujur katanya semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri sebelum api semakin marak.

“Rumah pertama terdapat seorang penghuni dan rumah kedua seramai tujuh orang,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4 petang dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Seramai 34 anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba Petra Jaya Azaharul Sahari terlibat operasi memadam kebakaran tersebut. — DayakDaily

Advertisement