Lantikan baharu ketua kaum Sibu digesa bersama kerajaan tingkatkan kehidupan rakyat

Dato Sri Tiong King Sing
Advertisement

KUCHING, 8 Mac: Adun Dudong Dato Sri Tiong King Sing menggesa ketua kaum yang baharu dilantik untuk terus bersama kerajaan bagi meningkatkan kehidupan masyarakat.

Tiong yang juga Presiden Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) berkata, ketua kaum mesti memberikan perkhidmatan yang cemerlang sebagai mewakili kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Teruskan dengan menunjukkan prestasi baik dalam perkhidmatan demi kepentingan rakyat.

Advertisement

“Kalau kita tidak membantu sendiri, siapa lagi akan menbantu kita?

“Ketua kaum membantu menyelesaikan masalah dan menggalakkan pembangunan,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Lantikan Ketua Kaum Daerah Sibu.

Tiong yang juga MP Bintulu menyeru lantikan baharu melupakan segala perbezaan dan berkhidmat dengan sepenuh hati.

Katanya, pelantikan ini bukan dipilih berdasarkan latar belakang politik.

“Ada ketua masyarakat yang dilantik pada hari ini pernah berada di pihak pembangkang, tetapi tiada masalah untuk kita menerima mereka selagi mereka sanggup mengutamakan kepentingan rakyat dan menyokong GPS.

“Apa yang paling penting ialah, kita perlu bekerjasama untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat,” ujar Tiong.

Dalam pada itu, Tiong menyeru lantikan baharu untuk menjaga penduduk rumah panjang dengan baik dan mengetahui secara langsung keperluan yang perlu dipertingkatkan.

“Janganlah hanya pentingkan diri sendiri yang akhirnya mengundang perpecahan penghuni rumah panjang,” katanya.

Beliau turut meminta JKKK rumah panjang bekerjasama untuk menaiktaraf rumah panjang dan peruntukan yang diberikan diselesaikan dalam masa 3 bulan supaya tidak ditarik balik. — DayakDaily

Advertisement