Langgar SOP, 11 individu dikompaun di Serian

Operasi bersepadu pematuhan SOP yang dilaksanakan di Majlis Daerah Serian bersama agensi lain pada Jumaat (22 April) lalu.

SERIAN, 22 April: Seramai 11 individu dikenakkan dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kesemua individu terbabit dikompaun dalam satu operasi bersepadu Majlis Daerah Serian bagi pematuhan SOP Covid-19 kepada orang awam dan premis perniagaan di sekitar Pasar Serian, Simpang Gedong dan Pasar Balai Ringin semalam (22 April)

Residen Bahagian Serian Tuah Suni berkata, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk meningkatkan penguatkuasaan kepada pematuhan SOP sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).


Tindakkan tersebut katanya adalah menyedarkan rakyat dalam usaha bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Rondaan yang memfokuskan kawasan tumpuan awam seperti pasar basah, pasar tani, pasaraya, kedai dan tempat makan itu yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Operasi bersepadu tersebut turut di sertai Polis Serian, Pejabat Kesihatan Bahagian Serian, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan UKAS Bahagian Serian. — DayakDaily