Abaikan ‘MySejahtera’ masih merekodkan jumlah terbanyak dikompuan

PDRM logo

KUCHING, 26 Mac: Sebanyak 61 kompaun bernilai RM61,000 dikeluarkan dalam Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching dari 18 Mac hingga 24 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM58,000 kompaun dikenakan ke atas 40 lelaki dan 18 wanita.

Manakala baki RM3,000 dikenakan ke atas tiga buah premis.


“Kesalahan yang paling banyak dilakukan sepanjang minggu lepas adalah gagal mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kesemua kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021.

“Pihak polis mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama,” kata Ahsmon. ― DayakDaily