Laluan di KM28 dari Miri, Lebuhraya Pan Borneo ditutup sementara

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 14 April: Orang ramai khasnya pengguna laluan KM28 dari Bandaraya Miri (jajaran Lambir) projek Lebuhraya Pan Borneo dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif.

Unit Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan jalan akibat tumpahan minyak melibatkan sebuah lori yang membawa muatan minyak kelapa sawit semalam.

Pengguna boleh menggunakan laluan jalan pesisir (‘coastal road’) bagi laluan alternatif masuk atau keluar dari Bandaraya Miri.


Pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak akan memaklumkan semula pembukaan laluan tersebut sekiranya kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan. — DayakDaily