Lelaki hilang, disyaki jatuh sungai di Bakun, ditemui mati

Pasukan operasi membawa mayat mangsa ke rumah panjang untuk tindakan selanjutnya.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


BELAGA, 23 Jun: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh di Sungai Uku Naha Nyabong Bakun, di sini pada Selasa (21 Jun) ditemukan meninggal dunia.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya dimaklumkan bahawa mayat mangsa ditemui sekitar jam 9.40 malam tadi.

Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Uma Bakah, Sungai Asap ditemui kira-kira lima meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Identiti mangsa juga telah disahkan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah panjang sementara untuk dibawa ke Hospital Nyabau bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi SAR mangsa yang memasuki hari kedua semalam ditamatkan pada jam 11.35 malam. — DayakDaily