Wanita warga emas melecur pada bahagian punggung dalam kebakaran bilik

Anggota Bomba dari Balai Bomba Sentral Miri di lokasi membantu memadamkan kebakaran.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Jun: Seorang wanita warga emas melecur pada bahagian punggung selepas bilik tidur sebuah rumah terbakar pada awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Hilltop Selatan 2.


Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.34 pagi dan tiba di lokasi jam 7.39 pagi.

Menurutnya, ketika diselamatkan mangsa berusia 86 tahun itu melecur di bahagian punggung.

Mangsa telah di hantar ke Hospital Miri oleh pasukan EMRS untuk tindakan selanjutnya.

Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 20 peratus. — DayakDaily