Lala Laksa di Bau semestinya dicuba

Lala laksa dengan kulit ayam goreng rangup.

Oleh Chris Bishop

BAU, 21 Mei: Lala Laksa dengan topping istimewa kulit ayam goreng semestinya dicuba jika berkunjung ke Pekan Bau.

Terletak di Pusat Komersial Seringgok, Jalan Bau-Kuching, laksa ini juga dihidangkan bersama udang segar dan telur padi.

Advertisement

Seperti kelaziman laksa lain, laksa ini juga disertakan dengan hirisan ayam rebus, hirisan telur dadar dan tauge.

Kulit ayam sebagai topping digoreng sehingga rangup dan digulai bersama kuah laksa yang pekat.

Menu Lala Laksa di Pusat Komersial Seringgok.

Tinjauan DayakDaily pagi tadi mendapati Lala Laksa dipenuhi oleh pelanggan seawal jam 8 pagi.

Rata-rata pelanggan yang sebahagiannya dari Kuching memesan Lala laksa kulit ayam goreng.

Terdahulu, Lala Laksa terletak di Cafe 98 Bau sebelum berpindah ke Pusat Komersial Seringgok pada awal Mei ini.

Selain laksa, mereka juga ada menyediakan menu sarapan pagi iaitu mee kolo daging dan ayam, beehoon ikan, nasi lemak biasa, nasi lemak ayam goreng berempah dan roti bakar.

Lala laksa dibuka setiap hari mulai 8 pagi hingga 4 petang kecuali hari Isnin. — DayakDaily

Pelanggan mula mengunjungi premis Lala Laksa seawal 8 pagi.
Advertisement