Lagi warga tempatan ditangkap cuba seludup Pati

Kelihatan Pati yang ditangkap untuk siasatan lanjut.

KUCHING, 25 Jan: Seorang lelaki warga tempatan ditangkap dalam cubaannya menyeludup masuk lima warga Indonesia pada Sabtu (23 Jan) lepas.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak SAC Mancha Ata berkata terdahulunya pasukan operasi ‘Op Benteng’ menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di bawah Jabatan Sadong di Jalan Serian-Sri Aman sekitar jam 9.40 malam.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek bersama lima lelaki yang dipercayai Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua Pati terbabit tidak memiliki permit kerja yang sah dan didapati tinggal di Malaysia melebihi tempoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua suspek kemudian ditahan dan kenderaan digunakan disita untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 (Akta 155) dan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 (Akta 342).

“Tangkapan dan rampasan kemudian diserah kepada pihak IPD Serian untuk tindakan selanjutnya,” kata Mancha. — DayakDaily