Lagi kes pukul bini

Suspek (tengah) ditahan anggota polis dari Balai Polis Batu Niah.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 4 Jun :Lagi kes suami pukul bini, kali ini berlaku di sebuah rumah panjang di Jalan Lama Miri-Bintulu.

Mangsa seorang suri rumah berusia 25 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian mata, kepala dan mulut akibat dipukul dan ditumbuk suaminya dalam satu kejadian pada malam Khamis (2 Jun).

Advertisement

Difahamkan, semasa kejadian, suspek berusia 40 tahun itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek telah ditahan pada malam sama oleh anggota unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Batu Niah selepas dimaklumkan mengenai kejadian.

Suspek ditahan sekitar jam 11 malam dan di bawa ke lokap Balai Polis Batu Niah untuk siasatan lanjut. ā€” DayakDaily

Advertisement