Lagi kes hilang, kali ini melibatkan seorang wanita warga emas

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo
Advertisement

Oleh Dean Adam

JULAU, Mei 30: Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Nanga Dong dekat sini sejak semalam.

Mangsa yang dilaporkan hilang itu dikenal pasti sebagai Luli Stia dan berusia 80 tahun.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan telah keluar dari rumah untuk ke stor.

Bagaimanapun katanya, sehingga laporan polis dibuat oleh ahli keluarganya, mangsa masih gagal dikesan.

“Pasukan bomba hanya menerima maklumat kes berkenaan daripada pihak polis pada pukul 9.45 pagi tadi.

“Sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.30 pagi,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, jarak pergerakan dari Balai Bomba Bintangor ke lokasi rumah mangsa adalah sejauh 90 kilometer (km)

Ujarnya, operasi SAR hari pertama adalah pencarian menyusuri denai dan lereng bukit di sekitar kawasan kebun sawit.

“Radius pencarian sejauh 0.5km-1km dari rumah mangsa.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. — DayakDaily

Advertisement