Lagi kes gaduh di bistro, 8 individu ditahan polis di Bintang Megamall Miri

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 17 April: Polis menahan lapan lelaki warga tempatan selepas disyaki terlibat dengan satu pergaduhan di sebuah bistro pada awal pagi Sabtu di Bintang Megamall di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kesemua suspek yang terlibat di dalam insiden pergaduhan tersebut telah ditangkap untuk tujuan siasatan.


Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.30 pagi.

Kesemua suspek berusia antara 18 sehingga 45 tahun.

“Punca pergaduhan disebabkan mabuk. Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk ke Pajabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” Alexson berkata.

Pihak polis, Alexson berkata, amat menghargai segala maklumat dan perkongsian yang dibenkan oleh masyarakat.

Namun demikian, masyarakat juga dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan isu-isu sensitif di media sosial yang mana ianya boleh menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat tempatan.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah. silalah tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk perkongsian maklumat dengan menghubung Inspektor Nor Sharilazuwan Mohammad di talian 085-433730. — DayakDaily