Kucing tercucuk geriji besi berjaya diselamat

APM dalam usaha menyelamatkan kucing tersebut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 6 Dis: Seekor kucing jantan berjaya diselamatkan selepas tercucuk geriji besi pagar rumah tuannya awal pagi Selasa di sebuah kediaman di Kampung Lusut, Taman Tunku.

Difahamkan, kucing tersebut mengalami luka di bahagian perutnya akibat tercucuk salah satu geriji besi itu.


Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, kejadian disedari pemilik haiwan tersebut, seorang wanita berusia 51 tahun.

“Bimbang dengan keadaan kucing peliharaannya yang tersangkut pada geriji besi itu , beliau telah segera menghubungi pihak APM pada jam 8.15 pagi tadi,” unarnya.

Seramai empat anggota APM telah bergegas ke lokasi kejadian.

Pihanya berjaya menyelamat kucing tersebut daripada geriji besi pagar dan telah melakukan rawatan terhadapnya sebelum diserahkan kepada pemiliknnya. ā€” DayakDaily