Kuching FA hulur bantuan kepada golongan memerlukan

Pemain Kuching FA kumpul dana untuk golongan memerlukan.

Oleh Muhammad Akmal Rizki

KUCHING, 3 April: Nasib golongan memerlukan yang berdepan kepayahan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan penularan wabak Covid-19 terus mendapat simpati dari pelbagai pihak.

Prihatin dengan nasib membelenggu golongan berkenaan, pasukan Kuching FA tampil dengan inisiatif membuat potongan gaji untuk mengumpul dana bantuan.


Menurut pengurus Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman,Ā usaha dilakukan pemain-pemain pasukan itu adalah inisiatif mereka sendiri yang terpanggil untuk turut serta membantu golongan yang amat memerlukan ketika ini.

ā€œPemain-pemain telah berbincang sesama sendiri dan mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk memotong gaji mereka pada bulan April sebanyak lima peratus dan mendermakan wang tersebut untuk membantu keluarga yang terjejas akibat PKP ini.

ā€œBagi pihak pengurusan, saya menyambut baik dan memuji pengorbanan yang mereka lakukan ini. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

ā€œWalaupun jumlah tersebut tidak sebesar mana, namun ia pastinya amat bermakna kepada mereka yang menerimanya,ā€ kata Fazzrudin ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, kapten pasukan Kuching FA Rafiezan Razali mengucapkan terima kasih kepada semua pemain kerana bersetuju memotong gaji mereka untuk didermakan kepada tabung bantuan itu.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga kerana semua pemain turut prihatin dengan nasib golongan yang amat memerlukan ketika ini.

ā€œBagi pihak pemain, saya berharap sumbangan tidak seberapa ini dapat membantu mereka-mereka yang berdepan kesusahan ketika PKP ini.

ā€œTerima kasih kepada semua pemain termasuk pegawai-pegawai atas sumbangan ikhlas kepada tabung bantuan ini,ā€ katanya. ā€” DayakDaily