KUCHING, 5 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati tiada penipuan berlaku dalam transaksi perdagangan melibatkan alat timbang digital di sebuah premis di Jalan Kuching-Serian.
Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP dalam kenyataan berkata, ujian timbang ke atas barangan yang dijual didapati tepat.
“Ianya tepat seperti mana yang dipamerkan pada barangan seperti sayur, ikan dan ayam,” katanya.
Tambah KPDNHEP, semasa pemeriksaan pada 3 Januari lepas didapati 4 alat timbang digital digunakan untuk tujuan perdagangan dan masih dalam tempoh penentusah dan tamat pada 20 Mei 2022.
Pemeriksaan dilakukan berikutan aduan yang dibuat individu melalui Facebook yang meragui kesahihan alat penimbang.— DayakDaily