KPDNHEP: Ops Rantai 7.0 pantau harga minyak masak

File photo depicting KPDNHEP personnel conducting a routine inspection on the prices of cooking oil at a local supermarket.
Advertisement

KUCHING, 9 Jun: Ops Rantai 7.0 berkaitan minyak masak yang telah dikuatkuasakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal (KPDNHEP) pada tahun ini mendapati tiga peruncit disyaki melakukan kesalahan mencatut.

Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, tiga kertas siasatan telah dibuka dan dua kes telah diambil tindakan bagi kesalahan mencatut manakala satu kes lagi dalam siasatan lanjut.

“Pemantauan harga minyak masak di pasaran masih diteruskan bagi mengesan aktiviti peningkatan harga yang tidak terkawal.

Advertisement

“Ia juga bagi memastikan peniaga yang mencatut diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Mana-mana peniaga adalah diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan mencatut sehingga mengakibatkan ketidakstabilan harga barangan keperluan di pasaran yang akhirnya akan membebankan rakyat,” katanya.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa hasil tindakan penguatkuasaan tersebut didapati 163 daripada 166 ‘item’ minyak masak yang diperiksa adalah tidak mencatut.

Katanya, margin keuntungan yang diambil adalah konsisten.

Tambahnya lagi, KPDNHEP sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap barangan yang menjadi keperluan asas rakyat termasuklah harga minyak masak di pasaran.

“Ia supaya tiada pihak mengaut keuntungan tinggi dan tidak munasabah (mencatut sehingga mengakibatkan peningkatan harga barangan di pasaran khususnya di saat negara sedang dilanda pandemik Covid-19,” katanya. — DayakDaily

Advertisement