KPDNHEP dakwa Syarikat jual peranti TV “Andriod Box” cetak rompak

Azman Adam (file pic)

PUTRAJAYA, 10 Feb: Sebuah syarkat menjual peranti dan perkakasan di Shah Alam menjadi syarikat pertama didakwa atas kesalahan mempromosikan perkakasan dan perisian yang membolehkan berlakunya pintasan terhadap langkah perlindungan teknologi karya siaran pemilik hak cipta di premis perniagaan berkenaan.

Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. (KPDNHEP), Azman Adam berkata, berdasarkan pertuduhan, syarikat terbabit didakawa cuba untuk menjual peranti TV atau lebih dikenali sebagai Android Box jenama “Long TV” di Shah Alam, Selangor sekitar jam 4.55 petang 2 September tahun lalu.

katanya, peranti terbabit dipercaya mengandungi saluran kandungan karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran.


ujarnya,Pengarah syarikat tersebut telah mengaku salah di atas pertuduhan itu ketika dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Jenayah 8, Shah Alam, Selangor pada Isnin (8 Feb) lalu dan Hakim Rofiah Ahmad menetapkan 1 Mac depan sebagai tarikh menetapkan hukuman.

“Oleh itu, syarikat yang beralamat di I-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor telah melanggar seksyen 41(1)(ha) Akta Hak Cipta 1987 kerana menjual apa-apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3), Akta yang sama.

“Pendakwaan kes terbabit dilakukan Timbalan Pendakwa Raya KPDNHEP, Tan Chiew King dan jika sabit kesalahan syarikat boleh didenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih daripada RM40,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal atau penjual yang menyalahgunakan peranti dan perisian bagi tujuan memintas serta mengakses kandungan yang dilindungi pemilik karya hak ciptanya secara haram.

Ujarnya, Orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penjualan peranti TV Android Box yang mengandungi aplikasi atau disertakan dengan pakej perkhidmatan penstriman kandungan cetak rompak.

“Pengguna juga disarankan agar menyalurkan maklumat kepada Kementerian ini dengan melaporkan sebarang kegiatan cetak rompak melalui hotline 1-800-886-800atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau WhatsApp di talian 019-279 4317 atau di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana –mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif,” katanya. -DayakDaily