Kota Samarahan koridor metropolis kesihatan – Dr Sim

Dr Sim (empat dari kanan) meneliti model pembangunan di kawasan Kota Samarahan semasa Majlis Pelancaran Projek Perumahan Aster Court di Ibraco di Kota Samarahan pada Sep 7, 2024.
Advertisement

By Chris Bishop

KUCHING, 7 Sep: Kota Samarahan sebagai sebuah kawasan dalam lingkaran Greater Kuching disasar sebagai koridor metropolis kesihatan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Justeru, beliau mahu pihak berkepentingan dalam sektor hartanah terus merancakkan pembangunan di kawasan tersebut.

Advertisement

“Kawasan Kota Samarahan bernilai tinggi dalam senarai Greater Kuching dan perlu diambil perhatian.

“Pertambahan pembangunan hartanah di sekitar Kota Samarahan berupaya menarik golongan profesional dan penyelidik.

“Ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan perumahan amat perlu untuk penduduk yang semakin berkembang,” kata Dr Sim.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Projek Perumahan Aster Court di Ibraco di Northbank, Kota Samarahan hari ini.

Tambah Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kota Samarahan kini berkembang cepat dengan kehadiran pelbagai kemudahan kesihatan, institut pendidikan termasuk pengangkutan moden Autonomous Rapid Transit (ART) .

Beliau yakin pembangunan ini sekaligus menjadikan Kota Samarahan sebagai tumpuan pelabur dalam dan luar negara. — DayakDaily

Advertisement