KM terima kunjungan hormat Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, UNIMAS

Abang Johari (dua dari kanan) terima kunjungan hormat Richard (tiga dari kiri) serta rombongan Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan Dan Serian.
Advertisement

KUCHING, 9 Feb: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan Dan Serian di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, pada hari Selasa.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Presidennya Dato Richard Wee Liang Chiat.

Ia bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan sektor sosial ekonomi, pendidikan dan kesihatan awam termasuk sebagai kunjungan tahunan sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2022.

Advertisement

Pada hari yang sama, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat Pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

Turut serta Naib Canselor Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi, Pendaftar Azlan Ramli dan Pegawai Khas Naib Canselor, Mohd Husaini Noorjaya Chew.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan dan menjemput ketua menteri untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-25 UNIMAS yang akan diadakan pada 14 hingga 17 Februari 2022 depan.

Ketika ditemui media selepas kunjungan tersebut, Pendaftar UNIMAS, Azlan Ramli berkata, acara konvokesyen ini adalah yang pertama diadakan secara bersemuka semasa pandemik.

“Majlis ini merupakan majlis yang pertama dilaksanakan semasa pandemik dan hanya graduan sahaja dijemput mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement