KKM menafikan kenyataan palsu melibatkan perokok

Gambar sebahagian kenyataan palsu didakwa dari KKM yang tular. Gambar ini juga disiarkan di laman Facebook KKM.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, Jun 6: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan satu kenyataan yang tular yang berkata kementerian itu memperingatkan orang ramai yang merokok supaya berada tiga batu di luar rumah ketika mengunjungi ahli keluarga dan rakan pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Kenyataan palsu tersebut berkata ini adalah sebahagian usaha kementerian itu untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam suasana hutang negara yang telah bertambah.

“Berikutan tertularnya kenyataan di bawah, Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan kenyataan ini. Kenyataan tersebut adalah palsu,” menurut kementerian itu dalam satu terbitan di laman Facebooknya semalam.


Selain itu, kenyataan terbabit juga mengingatkan orang ramai yang pulang ke kampung halaman untuk berhati-hati di jalan raya dan yang mengunjungi ahli keluarga dan rakan untuk berhati-hati diatas pinggan.

Sehubungan itu KKM mohon orang ramai supaya tidak menyebarkan kenyataan palsu terbabit yang didakwa dari KKM. — DayakDaily