Ketua Menteri terima kunjungan hormat Duta Besar Turki

Abang Johari (kanan) terima kunjungan hormat Dr Merve.
Advertisement

KUCHING, 26 Feb: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada semalam menerima kunjungan hormat Duta Besar Turki Ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia.

Pertemuan kali pertama rombongan itu ke atas Ketua Menteri adalah untuk berbincang mengenai hubungan dua hala di antara Sarawak dan Turki.

Ia sekaligus meletakkan Sarawak dan Turki di dalam peta masing-masing.

Advertisement

Menurut Dr Merve sebagai sebuah negara yang menjadi pintu masuk ke Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia, inisiatif sedemikian akan merapatkan lagi hubungan perdagangan serta perniagaan komersial yang telah diwujudkan sebelum ini bagi memudahkan tujuan pelaburan. — DayakDaily

Advertisement