Kes Covid-19  di seluruh negara kekal tiga angka

Kes baharu mengikut negeri pada 16 Okt

Oleh Cornelius Kadir Edison

PUTRAJAYA, 16 OKT. :  Kes positif Covid-19 di seluruh negara kekal tiga angka dengan 629 kes positif baharu  dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif Kes positif  meningkat kepada 18,758 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 6,323 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada keseluruhan kes positif yang dilaporkan hari ini 627 kes merupakan kes penularan tempatan manakala dua kes lagi merupakan kes import.


“Sabah Kekal merekodkan jumlah kes tertinggi hari ini dengan 489 kes atau 77.7 peratus. selain Sabah kawasan lembah klang  menyumbangkan 9.5 peratus kepada jumlah kes postif hari ini dengan Selangor (50), Kuala Lumpur (10) dan Putrajaya (2) sementara negeri lain iaitu Pulau Pinang (33), Perak (9), Kedah (7),Johor (5), Melaka (3) manakala Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing satu kes,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Kata Dr. Noor Hisham, sehingga jam 12.00 tengahari tadi seramai 245 kes  sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 12,259 kes atau 65.35 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan sehingga hari ini.

“Dukacita dimaklumkan hari juga terdapat enam kematian akibat Covid-19 dilaporkan  dengan kesemua kematian tersebut dilaporkan di Sabah sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di negara ini meningkat kepada 176 kematianj atau 0.94 peratus.

“Kesemua kes kematian ini  iaitu lima lelaki dan seorang wanita mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi,kencing manis, jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

“Hari ini juga , 99 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 33 kes daripadanya memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya.

Dalam pada itu, ujar Dr Noor Hisham, tiga Kluster baharu di kesan hari ini dengan dua kluster dilaporkan di Kedah dan satu kluster di Perak menjadikan 181 kluster dikesan sehingga kini. -DayakDaily