Kereta terbakar di Bintulu, tidak ada mangsa cedera dilaporkan

Anggota Bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


BINTULU, 30 Mei: Sebuah kereta dilaporkan terbakar di Jalan Batu 5, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak memberitahu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2 petang dan anggota dari Balai Bomba Bintulu terus ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Toyota Yaris terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan satu saluran dengan sumber air dari jentera bomba.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.16 petang dan operasi tamat sepenuhanya pada jam 2.21 petang.

Punca kebakaran dan anggaran kerugiaan masih dalam siasatan. — DayakDaily