Kereta elektrik ganjaran hole-in-one Kejohanan Golf Piala Pusingan Datuk Bandar 2024

Poster Kejohanan Golf Piala Pusingan Datuk Bandar 2024.
Advertisement

KUCHING, 6 Ogos: Kereta eletrik EV BYD ATTO 3 dan BYD Dolphin ganjaran bagi pemenang kategori Hole-in-One pada Kejohanan Golf Piala Pusingan Datuk Bandar 2024.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam satu kenyataan berkata, ia bakal berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS) pada 24 Ogos ini dengan penyertaan seramai 240 orang peserta.

Anjuran bersama AFFIN bersempena Pesta Kuching 2024, kejohanan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Jemputan.

Advertisement

Pemain juga bakal berpeluang meraih hadiah lumayan dalam cabutan bertuah.
Acara Golf Piala Pusingan Datuk Bandar ini kali terakhir dianjurkan oleh DBKU pada tahun 2005 iaitu 19 tahun yang lalu. — DayakDaily

Advertisement