Kerajaan Sarawak salur RM36 juta bagi pembangunan Kampung Punang, Lawas

Awang Tengah (empat kiri) Majlis Perasmian Punang Nature Walk di Lawas.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 3 Julai: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM36 juta untuk projek pembangunan di Kampung Punang, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Awang Tengah berkata, ia melibatkan enam projek pembangunan infrastruktur.

Advertisement

Katanya, empat projek telah siap, manakala dua lagi sedang dalam pembinaan dan hampir siap.

“Empat projek infrastruktur yang telah siap ialah Punang Nature Walk, Rumah Salai Ikan Tahai Kampung Punang, Anjung Usahawan Punang Jaya dan Jalan Baru Punang ke Kampung Sungai Bangat,” kata Awang Tengah.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Punang Nature Walk di Lawas baru-baru ini.

Tambah Awang Tengah yang juga Adun Bukit Sari, projek ‘Nature Walk’ adalah peringkat pertama dan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Kita akan siapkan projek waterfront Punang ini. Ia dibina di Punang ini kerana pemandangannya yang cantik.

“Kita akan tingkatkan lagi kemudahan-kemudahan, ia boleh digunakan untuk perkhemahan aktiviti sekolah, motivasi dan sebagainya.

“Ada juga orang luar yang datang untuk berkelah di pantai ini selain penduduk Lawas dan ini adalah satu tempat rekreasi,” ujar Awang Tengah. — DayakDaily

Advertisement