Kerajaan Sarawak peruntukkan RM370 juta bina jambatan Sungai Sarawak-Sejingkat

Kelihatan Julaihi (dua kiri) menunjukkan gambaran artis berkenaan projek pembinaan Jambatan Sungai Sarawak-Sejingkat.

KOTA SAMARAHAN, 6 Mei: Peruntukkan sebanyak RM370 juta di sediakan kerajaan Sarawak bagi pembinaan Jambatan Sungai Sarawak-Sejingkat yang menjadi pelengkap kepada laluan utama kedua menghubungkan Kota Samarahan dengan Kuching.

Pembinaan jambatan yang di jadualkan mengambil masa empat tahun pembinaannya merupakan antara tiga pakej yang di cadangkan kerajaan sebelum ini dalam usaha megurangkan masalah kesesakan di jalan utama menghubungkan Kota Samarahan dengan Kuching.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Nerawi berkata, pembinaan jambatan itu yang menjadi pelengkap kepada Laluan Utama kedua Kota Samarahan-Kuching adalah inisiatif kerajaan Sarawak dalam menyediakan jaringan infrastruktur lebih kondusif kepada rakyat khususnya yang ditingal di kawasan Samarahan.

Katanya, menerusi pembinaan jajaran baharu itu, ia pastinya akan membuka peluang perkembangan sosioekonomi di kawasan sekitar laluan terbabit.

“Laluan ini serta jambatan Sungai sarawak-sejingkat ini adalah sebahagian daripada jaringan Jalan persisir. jadi maknanya keseluruhan laluan dalam jaringan jalan persisir ini adalah satu jaringan jalan yang betul-betul lengkap,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek pembinaa Jambatan Sungai Sarawak-Sejingkat di sini hari ini.

Tegas Julaihi, kerajaan Sarawak amat serius dalam menyediakan jaringan Infrastruktur yang penuh di sepanjang kawasan persisir Sarawak yang merupakan kebanyakkannya merupakan kawasan luar bandar.

“Kita benar-benar serius kerana mahukan jaringan jalan perhubungan sepenuhnya sepanjang kawasan persisir yang secara asasnya merupakan kawasan luar bandar atau pinggir bandar,” katanya.

Tambah Julaihi, selian pembinaan jambatan terbabit, dua lagi pakej terlibat iaitu menaiktaraf jalan Tanjung Bako sepanjang Sembilan kilometer kepada standard R5 sudah berada pada peringkat akhir dan akan memulakan pembinaan dalam masa terdekat.

Manakala satu lagi pakej iaitu pembinaan jalan baharu dari Tanjung Bako ke Jambatan Samarahan sudah berada di peringkat tender adan tender terbabit akan dianugerahkan pada bila-bila masa dari sekarang.

“Dengan pembinaan laluan ini termasuk kerja-kerja menaik taraf lima bulatan di Jalan Utama Kota Samarahan-Kuching akan daqpat mengurangkan masalah kesesakkan lalu lintas di kawasan ini di masa-masa akan datang,” katanya. — DayakDaily