Kerajaan pusat hormati keputusan Sarawak tangguh PADU — TPM Fadillah

Dato Sri Fadillah Yusof

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 23 Mac: Kerajaan pusat menghormati keputusan kerajaan Sarawak untuk menangguhkan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Fadillah yakin mesti ada sebab mengapa kerajaan Sarawak mengambil keputusan tersebut.


“PADU ditangguhkan di atas beberapa isu. Kementerian ekonomi akan ada perbincangan dengan Sarawak untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Masjid Al Ghazali di Jalan Depo di sini, hari ini.

Tambah Fadillah, pihaknya ambil maklum bahawa notis berhubung penangguh pendaftaran PADU sudah dikeluarkan oleh pihak Sarawak.

“Disebabkan sudah ada notis, rakyat Sarawak akan mengikuti apa jua arahan di peringkat negeri,” ujar Fadillah. — DayakDaily