‘Kenyataan Fadillah harus dipertimbangkan berdasarkan konteksnya’

Datuk Idris Buang ... matured and united lawmakers
Advertisement

KUCHING, Mei 7: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang hari ini mempertahankan kenyataan Ketua Whip Parliamen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini adalah berdasarkan sesuatu hipotesis.

“YB Datuk Seri Fadillah menyuarakan sesuatu hipotesis dalam konteks jikalau agar perwakilan berfikir mendalam memandangkan sudah banyak hak-hak Sarawak dibawah Malaysia Agreement 1963 dan Laporan Inter-Governmental Committee (IGC) jika dikajikan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Beliau juga mengingatkan MA63 tidak diberi pengiktirafan sewajarnya.

“Maka dalam konteks inilah, YB Fadillah hanya menyuruh perwakilan membayangkan “jika” yang membawa maksud jikalau PH (Pakatan Harapan) berkuasa dalam DUN (Dewan Undangan Negeri), mereka “berkuasa” dan “boleh buat” banyak perkara termasuklah bermaksud “menggubal itu dan ini,” jelas Idris dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Advertisement

Idris juga menjelaskan bahawa persis yang dimaksudkan oleh Fadillah itu adalah suatu hipotesis dan persoalan agar perwakilan berfikir dengan waras dan bebas dan membayangkan sendiri jika GPS hilang kuasa di DUN.

“Kemungkinan itu dan ini boleh berlaku berdasarkan juga ucapan Menteri Besar B Kedah, misalnya, di Parlimen baru-baru ini Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhris Mahathir, semasa membahaskan Usul RUU Pindaan Perlembagaan okeh PH, tanpa dibantah, tanpa dicelah, tanpa disoal, telah mempersoalkan hak otonomi immigresen Sarawak.

“Maka dalam mengambil kira ucapan ini, kata-kata YB Fadillah adalah ‘fair comment’ dan munasabah secara fakta hakiki yang kukuh. Yang anggota-anggota PH buat laporan polis tanpa menghalusi dan mempertimbangkan fakta ini lalu tergesa-gesa macam cacing kepanasan ni kenapa?” tanya beliau.

Idris turut berkata bahawa beliau telah melihat dan mengkaji rakaman video Fadillah ketika memberi ucapan kepada para perwakilan Parlimen Satubong di Penview Convention Centre, Kuching tiga hari lepas.

“Saya dapati tiada apa-apa yang salah dalam kata-kata beliau, dari segi undang-undang hasutan (‘sedition’) atau seumpamanya. Laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak dari parti PH adalah sia-sia sahaja. Kata-kata YB Fadillah adalah tertakluk dalam lingkungan prinsip pembelaan “komen yang adil dan munasabah” (‘within the sphere of the defence of fair comment and reasonableness’),” jelas Idris, merangkap ADUN Muara Tuang.

Idris yang juga seorang ahli peguam, menyeru agar pihak-pihap tertentu dengar baik-baik kenyataan Fadillah dalam konteks ia dibuat.

Beliau juga berkata bahawa terpulanglah kepada perwakilan atau sesiapa sahaja yang mempunyai fikiran waras menimbang sendiri dengan bebas dan bijaksasana hipotesis dalam konteks tersebut untuk membayangkan samada boleh atau tidak.

“Mungkin atau tidak, dengan polisi, tindak tindak-tanduk yang tidak menentu atau “enigmatic”…apa jua undang-undang Sarawak yang mempunyai hak-hak seperti dimaksudkan dalam MA63 dan Laporan IGC boleh diketepikan, diubah atau dimansuhkan, dikaburkan atau dilonggarkan, selagi MA63 tidak diiktirafkan dalam Perlembagaan? Itulah persoalan yang ditimbul dalam konteks yang diutarakan YB Fadillah,” kata Idris. — DayakDaily

Advertisement