Kenaikan harga pemintaan minyak sawit pengaruhi pasaran tempatan

Kelihatan Datuk Seri Alexender Nanta Linggi ketika melakukan tinjauan di kilang pembungkusan minyak masak ( repacker ) di Taman Wahyu, Kuala Lumpur.
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Kenaikan harga dari segi pemintaan untuk minyak sawit yang bermula pada Ogos tahun lalu dan seterusnya memuncak melebihi RM3,000 per tan matrik pada Disember 2020 telah memberi tekanan kepada situasi harga komoditi itu dalam pasaran tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, datuk Seri Alexender Nanta Linggi berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Jun tahun lalu hingga kini melaporkan terdapat trend harga minyak sawit mentah (CPO) di pasaran dunia.

Situasi ini menurut beliau turut memberikan implikasi kepada harga minyak masak tidak bersubsisdi di pasaran kecuali kecuali harga minyak masak yang disubsidi kerajaan dan dijual pada harga tetap RM2.50 sekilogram.

Advertisement

Harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada Crude Palm Oil (CPO) dan harga CPO ini pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

“Sebab itu, banyak rungutan yang kita terima berkenaan minyak masak yang tidak bersubsidi itu yang mengalami kenaikan adalah kerana kenaikan harga CPO,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan ke kilang pembungkusan minyak masak ( repacker ) di Taman Wahyu,di sini hari ini.

Beliau berkata, harga yang menjadi rungutan pengguna ketika ini adalah apabila melihat setengah jenama minyak masak tidak bersubsidi yang dijual pada kadar RM30 disebabkan harga CPO (Crude Palm Oil) yang telah meningkat.

Bagaimanapun ujarnya, berdasarkan laporan yang terima daripada pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri-negeri dan Bahagian Harga Barang Negara, tidak semua jenama minyak masak tidak bersubsidi dijual pada harga yang dilaporkan.

“Mengambil contoh, Jenama A dijual pada harga RM28.90, saya diberitahu ada jenama B yang dijual pada harga RM24.90, ada juga jenama C tertutama minyak masak jenama housebrand iaitu jenama milik supermarket tersebut dijual pada kadar yang rendah iaitu RM21.90.

“Saya cadangkan kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli. Juga saya minta kepada pengguna untuk tidak mementingkan pada jenama, tetapi mementingkan kualiti dan nilai kepada wang and (value for money) dan Sudah tiba masanya pengguna membeli produk housebrand yang menawarkan kualiti yang setanding tetapi pada harga murah,” katanya.

Nanta berkata, KPDNHEP sentiasa serius dalam memberi reaksi atau respon terhadap isu kenaikan harga, khususnya berkaitan dengan harga minyak masak di pasaran tempat.

Katanya, tindakkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang cuba untuk mencatut atau memanipulasi harga secara tidak munasabah.

Sementara itu, bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sentiasa mencukupi di pasaran, KPDNHEP kata Nanta telah membenarkan penjual runcit mengenakan had pembelian minyak masak pek polybag satu kilogram (kg) sebanyak tiga unit per transaksi untuk setiap pelanggan bermula 19 Januari lalu.

Ini bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapat bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran.

“Kita sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di seluruh negara dan salah satu pemeriksaan yang dijalankan adalah minyak masak paket 1kg ini supaya ia dijual pada harga kawalan RM2.50,”katanya. -DayakDaily

Advertisement