Abang Johari berbuka puasa bersama ketua kaum, ketua masyarakat

Kelihatan Abang Johari ketika menunaikan Solat Sunat Terawih bersama jemaah lain selepas berbuka puasa bersama ketua masyarakat dan ketua kaum.

KUCHING, 8 Mei: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berbuka puasa di Majlis Berbuka Puasa Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah dan Sunat Tarawikh bersama ketua kaum dan ketua masyarakat di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini malam ini tadi.

Sejurus selesai berbuka, beliau bersama jemaah lain turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih yang diimamkan Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Abdul Rahman.

Yang turut hadir di majlis berkenaan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan beberapa menteri kabinet kanan yang lain. — DayakDaily