Kemalangan kendiri, pemandu wanita terselamat

Anggota Bomba di lokasi mengeluarkan mangsa.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 29 Dis: Seorang pemandu wanita berusia 38 tahun terselamat dalam satu kemalangan kendiri berlaku awal pagi tadi di Jalan Utama Miri-Riam.

Kenderaan yang dipandu mangsa jenis Toyota Vios dilaporkan terbalik di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak Tamu Muhibbah.

Menurut Pemangku Bomba Zon Miri Ahmad Nizam Sapaiee, mangaa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian itu.

“Pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubun kejadian pada jam 2.19 pagi tadi untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dari dalam kereta tersebut,” ujarnya.

Sepasukan anggota Bomba dari Balai Miri Sentral telah dikerah segera ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan tersebut.

Setelah size up mnggunakan konsep SAVER, operasi mengeluarkan wanita tersebut dari dalam kereta dan mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan pasukan Bomba melakukan kerja pembersihan tumpahan minyak hitam. — DayakDaily