Kegagalan sambungan paip punca kebocoran siling di Hospital Miri

Lukanisman meninjau kebocoran yang berlaku semalam.
Advertisement

KUCHING, 11 Ogos: Kebocoran siling di luar bangunan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Miri berpunca daripada kegagalan sambungan paip buangan air.

Pada kejadian yang berlaku pada jam 9 malam semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) berkata, kegagalan itu menyebabkannya ia tidak mampu menampung jumlah air yang banyak akibat hujan lebat.

“Namun begitu, perkhidmatan di Jabatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Miri adalah tidak terganggu.

Advertisement

“Perkhidmatan masih beroperasi untuk menerima semua kes-kes kecemasan seperti biasa,” kata JKNS menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, sebahagian laluan koridor serta Zon Hijau di Jabatan Kecemasan dan Trauma akan ditutup buat sementara supaya kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

Manakala Perkhidmatan Zon Hijau akan diteruskan di Zon Asma dalam ruangan bangunan yang sama.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni pada hari ini turut meninjau kebocoran di kawasan hospital. — DayakDaily

Advertisement